Saturday, March 5, 2011

Penemuan Bakteria Baik Oleh Dr Shirota Menghasilkan Susu Fermentasi [Yakult] Untuk Sistem Penghadaman

Minuman yakult yang mengandungi sejenis bakteria baik untuk tubuh kita yang dinikmati pada hari ini sebenarnya dihasilkan oleh seorang ahli perubatan bernama Dr Minoru Shirota (1899-1982). Shirota bersama pengkaji dari Jabatan Perubatan, Universiti Kyoto, Jepun menemui bakteria tersebut hampir 80 tahun yang lalu melalui beberapa uji kaji ketahanan bakteria baik. Usaha beliau itu bermula apabila masyarakat Jepun  ketika itu dilanda penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman.  Ia disebabkan kekurangan nutrien, penjagaan kebersihan yang kurang dan kerana keadaan ekonomi Jepun yang kurang baik pada ketika itu.  Beliau mula mengasingkan hampir 300 jenis bakteria yakult antara tahun 1930 dan 1935 bertujuan mencari jenis bakteria yang sesuai untuk membantu memulihkan sistem penghadaman manusia.
Setiap jenis bakteria tersebut akan diuji dengan asid dan tahan terhadap cecair hempedu. Antara 300 spesis bakteria tersebut hanya satu spesis sahaja yang benar-benar tahan dengan asid iaitu bakteria Lactobacillus casei dan lebih dikenali sebagai Terikan Shirota sempena nama beliau.
Dr Shirota kemudiannya mula menggabungkan bakteria kepada minuman berasas tenusu dalam makmalnya dan keputusannya maka terhasil produk minuman susu fermentasi, dikenali sebagai yakult.
Ia mula diniagakan ke seluruh Jepun pada tahun 1935 dan pada tahun 1955 Dr Shirota telah mengasaskan Yakult Honsha Co. Ltd. Yang mana memperkukuhkan perniagaan dan mengambil alih semua operasi.
Seterusnya perniagaan tersebut dikembangkan ke Eropah dan negara pertama yang diperkenalkan dengan produk tersebut adalah di Brazil pada tahun 1966.
Sejak  itu, Kumpulan Yakult terus mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia.  Hari ini ia mencatatkan penubuhan lebih 200 syarikat dari 30 buah negara dan di jual dalam pelbagai saiz.  Jika di Australia, Eropah, India dan Indonesia, Yakult didatangkan di dalam botol bersaiz 65 milimeter (ml) manakala di Amerika, Jepun, filipina dan Selatan Korea ia tersedia dalam botol bersaiz 80 ml.  Sehingga ke hari ini, minuman tersebut dinikmati oleh hampir 25 juta orang pada setiap hari. 

Nama: Minoru Shirota
Tarikh Lahir: 23 April 189
Pengalaman: Bekerja sebagai saintis di makmal mikrobiologi Fakulti Perubatan di Universiti Kyoto, Jepun.
Kejayaan: Saintis pertama berjaya menemui bakteria Lactobacillus casei yang berguna kepada manusia.
1935 - Mula memasarkan produk tenusu yang dicampurkan dengan bakteria baik dikenali sebagai Yakult.
1955 - Mengasaskan Yakult Honsha Co. Ltd. Bagi mengukuhkan perniagaan dan mengambil alih semua operasi pengeluaran dan pemasaran Yakult sehingga kini.  [estidotmy]

6 comments:

Aemy Shamy said...

i'm doing a task about good and bad bacteria..this is really helpful. thanx so much for sharing this. ^^

iwan_dextrous said...

nice info..^_^

Freaky said...

info yang berguna.. lepas ni kene minum yakult la. thanx :)

Nazri_Hanafiah said...

bacteria berbentuk rod,

zmah said...

Bestnya kalau sambil tgk gambar dpt minum...
psst 11-20 mac 2011 kita n husband ride di Indon...so tak dpt terjah blog kwn2...

DaK CoMoT said...

yakultttttt...teehee sedap taw...^_^