Thursday, October 27, 2011

Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tidak Diajar Lagi Di Sekolah Rendah?

Bermulanya Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR] yang telah dilaksanakan pada awal tahun 2011, hampir setahun yang lalu, mata pelajaran Bahasa Melayu sudah tidak diajar di sekolah-sekolah rendah bagi murid-murid Tahun Satu di Negara kita. Dalam tempoh 5 tahun lagi Bahasa Melayu di sekolah rendah akan terhapus dalam sistem pendidikan negara. Sebagai ganti, Bahasa Malaysia diajar sepenuhnya di sekolah-sekolah rendah SK dan SJK.

Walaupun mata pelajaran 'Bahasa Malaysia' itu adalah 'Bahasa Melayu', sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang begitu sayang dan bangga dengan bahasa ibunda yang sudah wujud sejak ribuan tahun, kita rasa terkilan mengapa istilah 'Bahasa Melayu' di tukar semula kepada 'Bahasa Malaysia'.
 
Sewajarnya istilah 'Bahasa Melayu' terus diguna pakai seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara menyatakan bahawa Bahasa Melayu  sebagai Bahasa Rasmi negara yang wajib dipelajari oleh semua kaum bukannya Bahasa Malaysia. 

Pada suatu masa nanti mungkin rakyat Malaysia sendiri akan beranggapan bahawa bangsa Melayu tidak mempunyai bahasanya sendiri.  Mereka menyangka bangsa Melayu bertutur dengan meminjam bahasa orang lain.

Semua kaum perlu menghormati Bahasa Melayu yang telah terbukti berjaya menyatupadukan pelbagai kaum sejak merdeka.  
Jika ditanya kepada kaum Cina, India, dan suku kaum lain, mereka akan berkata, " Saya boleh cakap Melayu," ... bermaksud bahasa Melayu. 1 Malaysia sudah lama wujud sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

[Sekadar pendapat &  luahan rasa saja ...]  

12 comments:

Anonymous said...

setuju

cardiacku said...

Terima kasih sahabat telah berbagi informasinya...salam persahabatan dari Indonesia...

tunz said...

setuju juga.pihak yg bertanggungjwb tidak terfikir sebegitu kot...atau ada udang di sebalik batu...agenda...tiada siapa yg tahu...

MAT SOM said...

Mereka tak tetap pendirian
Kejap Bahasa Melayu
Sekejap Bahasa Malaysia
Saya yg terlibat dlm proses
Pengajaran dan pembelajaran selama hampir 24 tahun ni dah agak
keliru

Anonymous said...

betul la... ada sesetengah org x suka cakap melayu, benci dgn org melayu, diorang ni nak sbut melayu pun meluat, diorg x mau anak2nye sebut pktaan melayu banyak kali, so diorg tuntut bah melayu tukar jadi bah malaysia alasannya 1msia... i-msia.... saya msia..itu melayu pigi dah,,,

khaifaiz said...

sy sokong pendapat ini... inilah jadinya apabila bahasa pun mahu dipolitikkan...

Anonymous said...

isu pertukaran nama m/pel spt remeh, tpi sbnarnye merugikan identiti bngsa melayu, kt sek ada bah ing bah cina bah tamil bah iban pn ada.. ttp bah melayu sudah tukar nama la... itu melayu x bagus

jettlee said...

Bahasa Melayu.. ramai yang malu nak berbahasa Melayu termasuk pemimpin-pemimpin yang lebih selesa berbahasa Inggeris.. GLC pun sama, TNB lebih suka berbahasa asing... Bank-bank pun sama... pernah terjadi pemimpin negara berbahasa asing. tetapi duta Jepun lebih selesa berbahasa Melayu... memang tak tahu bahasa sungguh, pemimpin kita..... bagaimanalah nak diharapkan, kepimpinan melalui teladan....???

Syuxer said...

bahasa malaysia adalah bahasa semua bangsa kat malaysia kalau nak didefinisikan..better guna bahasa melayu..

cukup2la rendahkan martabat melayu..better improvedkan camner nak jadikan bahasa melayu antara bahasa yang paling popular di dunia

Syuxer said...

Jom tukar link bro..:)..aku masukkan blog bro dalam simple sapiens 1 ye..

ni alamat blog aku

http://syuxermelankolia.blogspot.com/

zonejb said...

selamat sejahtera En/Cik/Tuan/puan. kami telah mewujudkan 1 blog iaitu SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA. kami masih baru lagi di sini.maka kami masih mencari lebih banyak lagi blog-blog untuk di masukkan kedalam blog kami. untuk permulaan blog En/Cik/Tan/Puan telah terpilih dan telahpun di masukkan kedalam blog kami. oleh itu kami meminta jasa En/Cik/Tuan/Puan untuk memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan. di sini kami sertakan link blog kami iaitu:-

http://bloglistmalaysia.blogspot.com

sila maklumkan kepada kami sekiranya En/Cik/Tuan/Puan telah memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan.

kerjasama En/Cik/Tuan/Puan amat kami hargai

terima kasih

Abang Long said...

Salam...aku masih berbangga walaupun bahasa Melayu tu ditukar nama ke bahasa Malaysia..sebabnya, Melayu dan Malaysia bagaikan aur dgn tebing tak boleh dipisahkan..asalnya bahasa Melayu cuma sekadar beberapa patah perkataan, dengan peredaran zaman bahasa Melayu juga semakin banyak perbendaharaannya..sekarang bahasa Melayu dah jadi no. 4 di dunia.
Walaupun aku seringkali berbahasa Inggeris semasa urusan rasmi pekerjaanku, aku juga masih dan sentiasa berbangga dilahirkan berbangsa Melayu dan orang Banjar (secara khususnya)..masih boleh berbahasa Melayu dan bertutur dlm bahasa Banjar.