Tuesday, June 5, 2012

Wanita : Rahim Terbalik dan Kesannya

Kedudukan rahim yang normal lazimnya terletak mencondong sujud ke hadapan.  Namun menurut data yang diperoleh, 20% kaum wanita didapati kedudukan rahimnya tidak normal iaitu rahimnya condong ke belakang yang dipanggil rahim terbalik. Keadaaan ini juga dikenali sebagai 'tipped uterus', retroverted uterus' atau tilted uterus'.

Tanda- tanda anda mempunyai rahim terbalik
Biasanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda.  Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda.  Gejala-gejala berikut boleh melanda wanita yang mempunyai rahim terbalik.

Sakit sewaktu berhubungan bersama suami

Sewaktu melakukan hubungan suami isteri, anda akan mengalami mengalami kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus) lantaran kedudukan rahim yang terbalik.  Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai 'collision dyspareunia'.

Untuk mengelakkan rasa sakit seawaktu anda berhubungan dengan suami, anda perlu mengubah posisi semasa melakukan hubungan intim.  Ini membolehkan uterus berubah posisinya, dengan itu boleh melegakan kesan rasa sakit.
 Rasa sakit semasa haid
Semasa datang haid, anda akan merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang.  Terminologi perubatan untuk keadaan ini ialah 'dysmenorrhea'

Sakit pinggang yang kronik
Ramai wanita mengalami sakit  pinggang yang kronik. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, ini bermakna sakit pinggang yang kronik itu adalah datangnya daripada kedudukan rahim terbalik.

Kebanyakan wanita sebegini dilahirkan semula jadi dengan rahim terbalik.  Namun ada kalanya rahim menonggeng ke belakang adalah disebabkan oleh sawang-sawang yang terbentuk akibat trauma atau pertumbuhan luar biasa di bahagian organ-organ pearanakan atau trauma selepas bersalin. 

Apa yang perlu dilakukan
Jik keadaaan ini berlaku, anda dinasihatkan agar membuat pemeriksaan pelviks atau ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu melihat ke dalam uterus. Dengan cara ini kedudukannya boleh diketahui dengan jelas.

Kaedah rawatan boleh dilakukan dengan cara seperti berikut:

- Pembedahan up-lift/ ventro-suspension
pembedahan mudah yang melibatkan pemendekkan serta pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya ia dikembalikan ke kedudukan yang betul. 

Ubat tahan sakit
Terdapat pelbagai jenis ubat membantu kelegaan untuk sementara waktu

Pessary
satu lat yang kelihatan seperti sebentuk cincin pada bahagian luar alat pencegah hamil diafragma diletakkan di dalam faraj.  Tujuannya untuk mengubah posisi uterus dan menyokongnya ke kedudukan yang betul.

Histerektomi 
Pembedahan buang rahim. Jikalu anda masih ingin menambah bilangan anak, kaedah ini adalah tidak sesuai.

15 comments:

~~zana@pb~~ said...

Bagus juga baca info ni, terima kasih kerana berkongsi.

biela bell said...

semoga dijauhkan,.huuuu~
engs 4 sharing :)

Aida Omar said...

baru aida tahu secara jelas.. pernah dengar ada wanita mempunyai rahim terbalik.. kiranya normal jugak la kan? cuma ada kesan dia sikit..

Adylia Qarissa said...

risau jugak kalau rahim terbalik nie boleh buat wanita susah nak mengandung.

bareessence said...

thank you for sharing!!!

Myra Jay said...

Kepada kaum wanita-moga sama2 dijauhkan..

Kalau ada yang terjadi macam ni, cepat2 p berubat..

puramoz said...

semoga para wanita wanita dijauhkan dari penyakit yang demikian sobb,,

syiela said...

moga dijauhkan penyakit sebegini

thanks for sharing

kak mah said...

Satu perkongsian ilmu yang baik.

wan_cikgumuzik said...

good info..!! keep it up..!

Bitt (double IS) said...

bagus info ini tertarik nak follow terus...

babycomel said...

1st time dtg sini, byk sungguh info psl kesihatan.. bagus sgt dh ni.. baby follow sini ye.TQ

Kak rose said...

info berguna untuk kaum wanita..

ctkalsumazra moin said...

Sy antara yg mengalaminye..rahim terbalik...da 3 tahun kawen lom ade rzki ank :(

ctkalsumazra moin said...

Sy antara yg mengalaminye..rahim terbalik...da 3 tahun kawen lom ade rzki ank :(