Sunday, November 25, 2012

Hanya di India: Ahli Perniagaan Memuja Gadget Pintar Percaya Membawa Tuah

Amalan pemujaan yang dilakukan oleh ahli perniagaan di India memang aneh dan pelik.  Baru-baru ini semasa perayaan diwali atau pesta cahaya, mereka melakukan upacara penyembahan atau pemujaan ke atas alat elektronik pintar seperti laptop, telefon pintar dan ipad dengan harapan ia akan membawa tuah atau nasib baik dalam urusan perniagaan mereka.  

Pemujaan ini menandakan era pemodenan ahli perniagaan India yang lebih mempercayai bahawa tuah berada pada peralatan canggih dan pintar.

Yang anehnya lagi, Pemujaan tersebut mendapat restu daripada sami Hindu dengan menandakan dahi para ahli perniagaan yang melakukan penyembahan peralatan elektronik canggih itu.
Upacara pemujaan tersebut mendapat restu daripada sami Hindu dengan menandakan dahi para ahli perniagaan.
 Pedagang India membaca mantera memuji-muji  menyembah alat elektronik termasuk iPads, komputer riba dan telefon mudah alih pada Diwali.
Sebelum ini memuja buku akaun menjadi sebahagian upacara penting semasa perayaan deepavali untuk kemakmuran perniagaan mereka. [digitalone]

1 comment:

Motamatika said...

Budaya memang berbeda-beda..
Tapi saya baru tau budaya ini, ternyata sangat unik tapi agak lucu :D
Makasih infonya sob