Friday, February 7, 2014

5 Penyebab Perut Kembung

Perut kembung seringkali dikaitkan dengan pengambilan makanan yang cepat membuat gas, sehingga membuat perut "penuh". Namun sama ada disedari atau tidak, ternyata ada beberapa kebiasaan yang mengakibatkan perut kembung.

Ketahui beberapa kebiasaan berikut untuk menghindari terjadinya perut kembung pada anda.

1. Terlalu banyak mengunyah gula-gula tiruan

Gula-gula atau manisan dan makanan lain yang mengandungi pemanis tiruan seperti sorbitol yang tidak mudah dicerna oleh lambung boleh memicu perut kembung. Hal tersebut dinyatakan oleh jurucakap Academy of Nutrition and Dietetics Christine Gerbstadt.

2. Makan terburu-buru
Ketika anda makan dengan terburu-buru, anda turut menelan banyak udara yang dapat menyebabkan gas di dalam perut. Maka kunyahlah makanan dengan baik, dengan mulut tertutup. Minumlah terus dari gelas, bukan dengan alat penyedut seperti straw. Juga hindari aktiviti fizikal yang terlalu berat ketika baru saja selesai makan.

3. Makan sayuran mentah 
Sayuran mentah yang dimakan adalah sukar dicerna oleh tubuh sehingga mengakibatkan perut kembung. Dengan memakan sayuran yang sudah dimasak terlebih dahulu, maka tubuh akan lebih mudah mencernanya dan anda terhindar dari gangguan perut kembung.

4. Stres 
Hormon stres akan mempercepat semua sistem di dalam tubuh, termasuk sistem pencernaan. "Hal itu akan membuat lambung anda menghasilkan banyak gas yang menyebabkan kembung," ujar Kristi King, jurucakap Academy of Nutrition and Dietetics.
Maka, ketika anda sudah mula merasa cemas, cubalah untuk memikirkan hal-hal yang dapat membuat fikiran anda tenang kembali.

5. Intoleransi laktosa
 
Selain kebiasaan-kebiasaan tersebut, ada satu lagi keadaan dalam tubuh anda yang menyebabkan perut anda kembung. Keadaan tersebut adalah disebabkan oleh intolerenasi laktosa (sensitif terhadap gula yang terkandung dalam susu) serta  malabsorbsi fruktosa (sensitif terhadap fruktosa, sejenis gula yang terkandung dalam jus buah, gula putih dan sirap jagung tinggi fruktosa). Oleh itu, segera dapatkan nasihat doktor untuk diagnosa yang tepat. [kompas.com]

2 comments:

Sop said...

nice sharing
Sop biasa sakit perut sbb angin :)

sabun penghilang bau said...

kebanyakan ama santan sangat rentan